29 Dis 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dalam UPSR 2009. Seramai 4 orang murid telah berjaya memperoleh 5A dan 2 orang murid mendapat 4A 1B. Kepada adik-adik yang lain, terus berusaha semoga berjaya di sekolah menengah nanti. Banyak lagi cabaran yang menanti di masa depan.

SK Bukit Meriam telah mendapat tempat ke 2 terbaik bagi daerah PKG Kuala Muda/Yan dengan peratus kelulusan = 73.13%. Tempat 1 ialah Sekolah Kebangsaan Tikam Batu.

Keputusan 5A

  1. Adlin Lina Uzma bt Yusuf
  2. Muhammad Aliff Aiman bin Said
  3. Nur Afini Mohamad Nizam
  4. Nurul Maisarah Abdul Rahman

Keputusan 4A 1B

  1. Fazliyana Ghazali
  2. Intan Emelia Amir Hamzah

English Day
















Minggu Sains

2 Nov 2009

Program Pasca UPSR - Gotong-royong dan Memasak Bersama Murid








Pada hari Rabu, satu lagi aktiviti untuk Pasca UPSR iaitu gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan memasak di adakan di perkarangan surau SKBM. Murid-murid telah diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 1 jenis sayur dan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Murid-murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan..iaitu kumpulan murid-murid lelaki akan bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, manakala kumpulan murid-murid perempuan akan menyediakan juadah makan tengahari bersama guru-guru kelas. Antara lauk yang disediakan ialah : tomyam campur, telur dadar,ikan bilis goreng dan juga sayur kangkung goreng.

20 Okt 2009

Program Pasca UPSR - Pertandingan Badminton











Pertandingan badminton telah di adakan pada 25/10 - 29/10, iaitu pada hari Isnin hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 10.15 pagi. Pertandingan ini telah di adakan secara beregu antara murid-murid dan juga murid dengan guru. Keputusan pertandingan dan acara penyampaian hadiah telah di adakan pada 1/11/2009 - iaitu hari Ahad sewaktu Majlis Perasmian Minggu Kokurikulum.




Program Pasca UPSR - Kem Akhil Baligh

Tarikh : 5/10/2009 - 7/10/2009
Masa : 8.00 pagi hingga 1.15 tengah hari
Tempat : Bilik J-Qaf
Dikendalikan oleh :
  1. Ustaz Mohd Amri
  2. Ustazah Noor Adiani
  3. Ustazah Mahfuzah
  4. Ustazah Hafsoh

Murid terlibat : Semua murid tahun 6

Penerangan melalui cd bergambar

Cara-cara sembahyang berjemaah - perempuan

cara-cara bertayammum

solat jenazah

cara-cara solat - lelaki





























15 Okt 2009

Senamrobik : Tarian Poco-Poco - Program Pasca UPSR

Hari ini, jam 9.00 pagi di adakan senamrobik tarian poco-poco. Yeah gelek-gelek semua.Program ini untuk murid-murid Tahun 6. Guru kelas tahun 6 telah menjemput khas kakak dan abang iparnya untuk mendemonstrasikan tarian poco-poco ini. Murid-murid pra sekolah juga turut dijemput. Kelihatan murid-murid masing-masing berseronok.









































































































































28 Sep 2009

Majlis Khatam Al-Quran & Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Hari ini,28 September 2009 - Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2009 di adakan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amri dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Noor Ain dari tahun 2A.Kemudia majlis rasmikan oleh kata-kata aluan Guru Besar SKBM.Seterusnya,majlis khatam Al-Quran dimulakan dengan iringan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh murid-murid Tahun 6.Murid-murid menjamu selera dengan hidangan nasi tomato sumbangan pihak sekolah.Majlis berehat sementara dengan alunan lagu-lagu hari raya. Jam 11 pagi..majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dimulakan dengan hidangan biskut-biskut raya yang dibawa oleh setiap murid. Kelihatan murid-murid berpakaian baju raya masing-masing.

Majlis Khatam Al-Quran




Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri























































































































27 Sep 2009

Minggu Persekolahan Bermula

WELCOME BACK TO SCHOOL...:-)

16 Sep 2009

Minggu Beraya

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sumbangan Duit Raya

16 September-jam 12 tengahari.

Majlis penutupan bulan kemerdekaan dan agihan sumbangan duit raya telah di adakan di kantin sekolah.Antara acara-acara yang di adakan adalah laungan kemerdekaan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM),Encik Azizi bin Omar.Selain itu,murid-murid turut menyanyikan lagu-lagu patriotik.Akhir sekali,acara agihan sumbangan duit raya kepada semua murid.Sebelum balik,semua murid bersalam-salaman dengan guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

10 Sep 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Selamat Hari Raya...


Masa begitu mencemburui kita..sedar x sedar rupanya Ramadhan hampir ke penghujungnya..Ini bermakna Aidilfitri bakal menjelma!!Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua warga SKBM.MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

UPSR bermula...

Hari yang ditunggu telah pun tiba..8-10 September 2009.Semua murid tahun 6 kelihatan masing-masing penuh bersemangat untuk memuntahkan kembali segala apa yang telah dipelajari sejian lama..Pelbagai ragam yang boleh dilihat..ada yang termenung..ada yang berkerut-kerut dahi..ada yang tersenyum..hmm pelbagai cara mimik muka dan pelbagai makna yang boleh ditafsirkan!!Hmm..hmm apa pun moga mereka semua memperoleh keputusan yang terbaik dan membanggakan seluruh warga SKBM!!

chaiyyok..chaiyokk (bak kata orang jepun)

1 Sep 2009

Jamuan Makan Silaturrahim

Pada 19 Ogos 2009 - satu jamuan makan telah di adakan di Restoran Cinta Sayang di Sungai Petani bermula jam 2.30 petang.Tujuan utama jamuan ini di adakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara semua staf SKBM dan menyambut bulan Ramadhan yang jatuh pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009.

27 Ogo 2009

Sambutan Hari Guru 2009





Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR 2008/2009

Pada tanggal 8 Julai 2009 - telah berlangsungnya Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR 2008/2009 SKBM bagi 2 tahun berturut-turut. Dengan kerjasama para guru yang terlibat, acara ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya.Hari anugerah ini telah dirasmikan oleh Mejar (B) Tuan Haji Rahim bin Saad, iaitu Naib Presiden PERDASAMA Malaysia.

Berikut merupakan pelajar-pelajar cemerlang UPSR pada tahun 2008 :

MOHAMAD AZRUL AFIFI B. SALLEH 5A
MUHAMAD SYAZANI B. ROZAINI 5A
NUR SYAFINAZ BT. ABDUL RASHID 4A 1B

Manakala bagi tahun 2009, murid-murid di anugerahkan dengan hadiah pencapaian terbaik dalam kelas, matapelajaran terbaik, hadiah pengukuhan kelas Nur dan juga anugerah ketua darjah serta penolong ketua darjah.