28 Sep 2009

Majlis Khatam Al-Quran & Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Hari ini,28 September 2009 - Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2009 di adakan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amri dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Noor Ain dari tahun 2A.Kemudia majlis rasmikan oleh kata-kata aluan Guru Besar SKBM.Seterusnya,majlis khatam Al-Quran dimulakan dengan iringan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh murid-murid Tahun 6.Murid-murid menjamu selera dengan hidangan nasi tomato sumbangan pihak sekolah.Majlis berehat sementara dengan alunan lagu-lagu hari raya. Jam 11 pagi..majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dimulakan dengan hidangan biskut-biskut raya yang dibawa oleh setiap murid. Kelihatan murid-murid berpakaian baju raya masing-masing.

Majlis Khatam Al-Quran




Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri























































































































27 Sep 2009

Minggu Persekolahan Bermula

WELCOME BACK TO SCHOOL...:-)

16 Sep 2009

Minggu Beraya

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sumbangan Duit Raya

16 September-jam 12 tengahari.

Majlis penutupan bulan kemerdekaan dan agihan sumbangan duit raya telah di adakan di kantin sekolah.Antara acara-acara yang di adakan adalah laungan kemerdekaan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM),Encik Azizi bin Omar.Selain itu,murid-murid turut menyanyikan lagu-lagu patriotik.Akhir sekali,acara agihan sumbangan duit raya kepada semua murid.Sebelum balik,semua murid bersalam-salaman dengan guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

10 Sep 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Selamat Hari Raya...


Masa begitu mencemburui kita..sedar x sedar rupanya Ramadhan hampir ke penghujungnya..Ini bermakna Aidilfitri bakal menjelma!!Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua warga SKBM.MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

UPSR bermula...

Hari yang ditunggu telah pun tiba..8-10 September 2009.Semua murid tahun 6 kelihatan masing-masing penuh bersemangat untuk memuntahkan kembali segala apa yang telah dipelajari sejian lama..Pelbagai ragam yang boleh dilihat..ada yang termenung..ada yang berkerut-kerut dahi..ada yang tersenyum..hmm pelbagai cara mimik muka dan pelbagai makna yang boleh ditafsirkan!!Hmm..hmm apa pun moga mereka semua memperoleh keputusan yang terbaik dan membanggakan seluruh warga SKBM!!

chaiyyok..chaiyokk (bak kata orang jepun)

1 Sep 2009

Jamuan Makan Silaturrahim

Pada 19 Ogos 2009 - satu jamuan makan telah di adakan di Restoran Cinta Sayang di Sungai Petani bermula jam 2.30 petang.Tujuan utama jamuan ini di adakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara semua staf SKBM dan menyambut bulan Ramadhan yang jatuh pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009.