Pada hari Rabu, satu lagi aktiviti untuk Pasca UPSR iaitu gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan memasak di adakan di perkarangan surau SKBM. Murid-murid telah diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 1 jenis sayur dan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Murid-murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan..iaitu kumpulan murid-murid lelaki akan bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, manakala kumpulan murid-murid perempuan akan menyediakan juadah makan tengahari bersama guru-guru kelas. Antara lauk yang disediakan ialah : tomyam campur, telur dadar,ikan bilis goreng dan juga sayur kangkung goreng.