10 Jan 2010

Windows 7 : Lebih Laju. Lebih Stabil, Lebih Mesra Pengguna?



Mungkin ada yang pernah mendengar mengenai Microsoft yang akan melancarkan sebuah lagi sebuah windows iaitu Windows 7. Kod nama untuk Windows 7 ini telah ditukar beberapa kali. Sewaktu di awal projek tersebut, ia dinamakan kod “Blackcomb” pada 2003. Ia kemudian ditukarkan kepada kod “Vienna” pada awal tahun 2006 dan akhir sekali nama rasminya adalah Windows 7. Windows 7 dijangkakan akan melancarkan versi betanya iaitu Windows7 Beta pada bulan Januari 2009. Untuk Windows 7 versi penuh pula dijangka dilancarkan pada umum pada 2010 tetapi tiada sesiapa yang dapat menjangkan tarikh yang tepat pelancarannya. Tetapi pada pendapat saya, walauapapun Microsoft pasti akan melancarkannya mengikut perancangannya tetapi seperti anda sedia maklum, pasti selepas itu mereka akan mengeluarkan service pack atau patch-patch untuk semua jenis windows mereka.

Ciri-ciri baru Windows 7 :

Antara muka pengguna
- Windows 7 masih mengekalkan cirri utama antara muka pengguna dan stail visual grafiknya iaitu Windows aero seperti windows vista tetapi banyak penambah baikan telah dilakukan. Ciri yang ketara ialah grafik yang menarik di desktop seperti kaca.

Taskbar
- Taskbar Windows & telah ditambah ketinggian sebanyak 10 piksel dari windows vista. Ia cirr terbaru pada windows 7 yang menggunakan grafik ikon yang lebih besar. Tetapi sekiranya anda sudah biasa dengan ikon yang lebih kecil, cirri-ciri taskbar windows vista yang lebih kecil turut disertakan.
Butang Mula dan menu
- Masih kelihatan sama dengan windows vista tetapi ditambah dengan cirri-ciri untuk akses terus Windows Explorer Libraries. Pilihan untuk menu klasik telah dibuang pada versi ini.

Penambahan Ciri Preview Pane

Senarai Pantas (Jump List)
- Pilihan menu ini kini boleh didapati dengan klik kanan pada ikon di taskbar. Setiap ikon yang berlain mempunyai senarai pantasnya yang berlainan mengikut kegunaan aplikasi tersebut.

Ruang Penyimpanan maya (Virtual hard disks)
- Windows 7 juga telah menyediakan fungsi tambahan Microsoft Virtual PC iaitu dengan menambah fungsi Ruang Penyimpanan
Maya (Virtual hard disks) yang boleh digunakan atau dijadikan sebagai pemacu.
Ciri-ciri yang telah dibuang dari Windows sebelumnya :

- Menu mula dan taskbar klasik seperti taskbar win98
- Aplikasi Windows Photo Gallery, Windows Movie Maker dan Windows Mail telah dibuang tetapi digantikan dengan aplikasi Windows Live. Namun ada sesetengah fungsi masih lagi wujud pada aplikasi baru Windows Live.
- Aplikasi Windows Defender telah dibuang
- Windows Meeting Space
- InkBall
- On-Screen Keyboard telah dibuang
- Windows Sidebar pada windows vista telah dibuang

Bermacam-macam lagi ciri-ciri tambahan yang terdapat pada Windows 7.

Anda boleh rujuk ke http://en.wikipedia.org/wiki/Windows_7

Info ICT - Kekalkan Prestasi PC


Menjaga Keselamatan PC bukan bermakna melindunginya dari serangan virus atau Malware semata-mata.Anda juga perlu menjaganya dari segi luaran dan dalaman untuk megekalkan prestasi PC anda ke tahap maksimum selama yang boleh.Dengan mengikuti beberapa panduan mudah,anda boleh mengekalkan prestasi PC anda dan membolehkan ia beroperasi dengan lancar.Tidak perlu perisian atau peralatan canggih kerana semuanya telah tersedia.Seperti mengemas rumah,perlulah rajin sedikit barulah rumah nampak cantik!

1.Beri PC anda ruang bernafas
- Peralatan Disc Cleanup boleh membantu mengosongkan sedikit ruang pada cakera keras bagi memperbaiki kecekapan komputer.Ia mengenalpasti fail yang telah dipadam dan memberi saranan sekiranya anda ingin memadam program yang telah lama tidak digunakan.

2. Repair
- Sebelum masalah timbul,periksa dan jalankan pembaikan cakera keras menerusi aturcara Error Checking/ScanDisk.Ia kombinasi yang baik selain menggunakan Disk Cleanup dan Disk Defragmanter serta mampu mengimbas cakera keras untuk mencari sektor yang tidak baik.

3.Susun cantik-cantik
-Pecahan cakera melambatkan keseluruhan kecekapan sistem komputer anda.Apabila fail ini dipecah-pecahkan atau fragmen,komputer anda terpaksa melakukan lebih kerja untuk mencari cakera keras bagi mencantumkan fail-fail tersebut.Itulah sebabnya anda kadangkala terpaksa menunggu b'jam-jam untuk hanya membuka 1 aplikasi.Gunakan Disk Defragmenter untuk menyusun fail cantik-cantik agar setiap satu fail hanya menggunakan satu ruang tunggal.

4.Uruskan fail anda
-Gunakan fail atau folder dan subfolder untuk uruskan dokumen tersebut.

5.Selamatkan sebelum terlambat
-System Restore satu lagi program berguna apabila anda berhadapan dengan krisis kegagalan komputer.Ia menyalin dokumen,setting dan keutamaan penting komputer anda dan sekiranya berlaku sesuatu seperti kerosakan dan kehilangan data, System Restore boleh mengembalikan komputer ke keadaan terakhir sebelum kehilangan itu berlaku.

6.Kemaskini
-Kemaskini perisian sekuriti dan program Windows anda selalu.Ikut arahan yang diberikan sekiranya terdapat skrin timbul (pop-up) meminta anda memasang kemaskini pada komputer.Setkan kepada mod automatik.

7.Gunakan UPS
-Jalankan PC anda yang dihubungkan kepada kuasa tambahan atau perantara UPS.Ia sangat membantu sekiranya berlaku gangguan kuasa secara tiba-tiba yang boleh merosakkan komputer anda.Modem talian atau rangkaian juga memerlukan pengawal tenaga kerana tenaga berlebihan boleh menyebabkan kad dan modem rangkaian anda terkena ribut elektrik.

8.Berlembutlah sedikit
-Berlembut sedikit apabila memasang pemacu USB,Ethernet,speaker atau peralatan lain pada port komputer anda.Penyambung ini sangat sensitif dan kecuaian boleh mengakibatkan anda terpaksa menggantinya selalu.

9.Tidak susah bersihkan komputer
-Sentiasa bersihkan PC anda daripada habuk,kotoran luar dan dalam.

2 Jan 2010

Tahun Baru 2010




Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.Semoga tahun ini lebih bermakna kepada semua guru dan kakitangan sekolah.

Hari Pendaftaran Tahun Satu 2010 & Pra Sekolah

31 Disember 2009- jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan kehadiran para waris/ibubapa dan murid-murid tahun 1 yang lengkap berpakaian seragam.Guru besar, Puan Hajjah Fudziah Morni memulakan majlis dengan ucapan pengenalan beliau tentang sekolah, dan juga memperkenalkan barisan guru.

10.00 pagi-pendaftaran murid pra sekolah dimulakan di pra sekolah sendiri.Majlis diakhiri dengan suapan kismis oleh guru pra sekolah iaitu Puan Rozita.