
Menjaga Keselamatan PC bukan bermakna melindunginya dari serangan virus atau Malware semata-mata.Anda juga perlu menjaganya dari segi luaran dan dalaman untuk megekalkan prestasi PC anda ke tahap maksimum selama yang boleh.Dengan mengikuti beberapa panduan mudah,anda boleh mengekalkan prestasi PC anda dan membolehkan ia beroperasi dengan lancar.Tidak perlu perisian atau peralatan canggih kerana semuanya telah tersedia.Seperti mengemas rumah,perlulah rajin sedikit barulah rumah nampak cantik!
1.Beri PC anda ruang bernafas
- Peralatan Disc Cleanup boleh membantu mengosongkan sedikit ruang pada cakera keras bagi memperbaiki kecekapan komputer.Ia mengenalpasti fail yang telah dipadam dan memberi saranan sekiranya anda ingin memadam program yang telah lama tidak digunakan.
2. Repair
- Sebelum masalah timbul,periksa dan jalankan pembaikan cakera keras menerusi aturcara Error Checking/ScanDisk.Ia kombinasi yang baik selain menggunakan Disk Cleanup dan Disk Defragmanter serta mampu mengimbas cakera keras untuk mencari sektor yang tidak baik.
3.Susun cantik-cantik
-Pecahan cakera melambatkan keseluruhan kecekapan sistem komputer anda.Apabila fail ini dipecah-pecahkan atau fragmen,komputer anda terpaksa melakukan lebih kerja untuk mencari cakera keras bagi mencantumkan fail-fail tersebut.Itulah sebabnya anda kadangkala terpaksa menunggu b'jam-jam untuk hanya membuka 1 aplikasi.Gunakan Disk Defragmenter untuk menyusun fail cantik-cantik agar setiap satu fail hanya menggunakan satu ruang tunggal.
4.Uruskan fail anda
-Gunakan fail atau folder dan subfolder untuk uruskan dokumen tersebut.
5.Selamatkan sebelum terlambat
-System Restore satu lagi program berguna apabila anda berhadapan dengan krisis kegagalan komputer.Ia menyalin dokumen,setting dan keutamaan penting komputer anda dan sekiranya berlaku sesuatu seperti kerosakan dan kehilangan data, System Restore boleh mengembalikan komputer ke keadaan terakhir sebelum kehilangan itu berlaku.
6.Kemaskini
-Kemaskini perisian sekuriti dan program Windows anda selalu.Ikut arahan yang diberikan sekiranya terdapat skrin timbul (pop-up) meminta anda memasang kemaskini pada komputer.Setkan kepada mod automatik.
7.Gunakan UPS
-Jalankan PC anda yang dihubungkan kepada kuasa tambahan atau perantara UPS.Ia sangat membantu sekiranya berlaku gangguan kuasa secara tiba-tiba yang boleh merosakkan komputer anda.Modem talian atau rangkaian juga memerlukan pengawal tenaga kerana tenaga berlebihan boleh menyebabkan kad dan modem rangkaian anda terkena ribut elektrik.
8.Berlembutlah sedikit
-Berlembut sedikit apabila memasang pemacu USB,Ethernet,speaker atau peralatan lain pada port komputer anda.Penyambung ini sangat sensitif dan kecuaian boleh mengakibatkan anda terpaksa menggantinya selalu.
9.Tidak susah bersihkan komputer
-Sentiasa bersihkan PC anda daripada habuk,kotoran luar dan dalam.